UMT buat siasatan dalaman pelajar dipukul

UMT buat siasatan dalaman pelajar dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengesahkan terdapat laporan salah laku membabit insiden seorang pelajarnya dipukul secara bergilir-gilir sekumpulan pelajar lain di kolej kediaman universiti itu di Kuala Nerus, Ahad lalu.

Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UMT berkata, pihak pengurusan universiti berkenaan sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kejadian tersebut.

Katanya, UMT menzahirkan rasa dukacita dan memandang serius atas insiden ini.

“UMT tidak dapat mengulas lebih lanjut, namun bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis dan menunggu hasil siasatan.

“Pada masa sama, UMT sedang menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan bahawa setiap pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut jurucakap itu, sebagai sebuah universiti berkepentingan awam, UMT sentiasa berusaha memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara serta tidak dikompromikan.

Terdahulu Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail dilaporkan berkata, seramai 12 pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini di reman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan membelasah rakan mereka di kolej kediaman universiti tersebut, Ahad lalu.

Menurutnya, kesemua pelajar yang berusia antara 20 hingga 22 tahun itu ditahan di IPTA tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Sementara itu, katanya, mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar di IPTA itu cedera dengan kesan lebam akibat dipukul dengan objek tumpul di bahagian lengan kiri dan kanan, pinggang sebelah kanan, dada, perut dan kaki kanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya