UiTM Terengganu, Perwira bantu mangsa banjir

UiTM Terengganu, Perwira bantu mangsa banjir

NOR Adila Mohd. Noor (dua, kanan) menyantuni salah seorang mangsa banjir di Taman Rakyat, Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Prihatin dengan nasib penduduk di beberapa buah kampung di daerah ini minggu lalu yang terjejas banjir, mendorong kira-kira 100 sukarelawan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu dan Kelab PERWIRA Malaysia (Perwira) turun padang membantu mereka.

Pengarah Program Misi Solidariti Bantuan Banjir (MSBB) UiTM Cawangan Terengganu, Dr. Nor Adila Mohd. Noor berkata, mereka menggerakkan enam kumpulan sukarelawan banjir ke enam buah kampung terjejas di daerah ini bermula hari ini.

“Hari ini kita agihkan bantuan berupa makanan asas dan barangan keperluan termasuk beras, minyak, gula, tuala wanita, barangan keperluan bayi dan pampers untuk penduduk yang terjejas.

“Antara kampung yang terlibat ialah Taman Rakyat, Kampung Sura Lapangan Terbang, Taman Rakyat, Kampung Nyior, Pinang Merah, dan Sura Melati,” katanya ketika ditemui hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya