Banjir: Universiti awam dibenar laksana kelas dalam talian

Banjir: Universiti awam dibenar laksana kelas dalam talian

ZAMBRY Abdul Kadir bercakap dalam Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua Universiti awam yang terjejas akibat banjir dibenarkan melaksanakan kelas pembelajaran dalam talian. 

Menteri Pendidikan Tinggi,  Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah tersebut bagi memastikan segala aktiviti pembelajaran dapat diteruskan tanpa mengganggu jadual pembelajaran yang telah ditetapkan

Beliau tanpa memberikan jumlah universiti dan pelajar terlibat berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada semua institusi berhubung perkara demikian. 

“Kita tahu kaedah (pembelajaran) masa kini ada pelbagai. 

“Jadi kita fleksibel dan memberikan kebenaran kepada universiti awam yang terjejas untuk melaksanakan kelas dalam talian, ” katanya dalam Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya