Tya Arifin selamat timang anak ketiga - Utusan Malaysia

Tya Arifin selamat timang anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Tya Arifin, selamat melahirkan bayi ketiganya pada pukul 11.11 pm, semalam. 

Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, dilihat memuat naik sekeping gambar memeluk anak ketiganya itu bersama suami, Asyraf Khalid. 

“Alhamdulillah, bayi kami yang ketiga sudah lahir dengan selamat secara normal,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Dalam pada itu, bayi perempuan seberat 3.6 kilogram itu turut dinamakan dengan Agnia Amira Jiwa. 

“Agnia Amira Jiwa dengan berat 3.6 kilogram pada Jumaat, 20-12-2024 pada pukul 11.11 pm. 

“Mohon doanya,” jelasnya. 

Terdahulu, Tya dan Asyraf Khalid berkahwin pada 1 November 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 dan Azzahra Jiwa, 5. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya