Tuntut royalti dan hak pemilikan lagu, Qi Razali nasihatkan Radhi OAG lantik peguam - Utusan Malaysia

Tuntut royalti dan hak pemilikan lagu, Qi Razali nasihatkan Radhi OAG lantik peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan bekas anggota kumpulan OAG, Qi Razali mencadangkan kepada sahabatnya yang juga vokalis kumpulan itu, Radhi, agar melantik peguam untuk membantunya menuntut bayaran royalti dan hak pemilikan bagi semua lagu yang dihasilkannya sepanjang menganggotai kumpulan berkenaan.

Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali Wong berkata, langkah itu perlu bagi memudahkan proses tuntutan yang sedia rumit serta membebankan.

“Radhi berhak membuat tuntutan, sebab dia tidak pegang royalti dan hak pemilikan (lagu).

“Tapi, proses tuntutan ini membabitkan hal ehwal perundangan, luar bidang kuasa seorang artis.

“Nasihat saya kepada Radhi, dapatkan khidmat peguam,” katanya.

Qi berkata demikian pada sidang media filem Babah, baru-baru ini.

Kata Qi lagi, dia, sebagai bekas anggota kumpulan terkenal itu, menyokong penuh hasrat Radhi untuk menuntut haknya bagi lagu-lagu yang dihasilkannya sebelum ini.

“Radhi adalah OAG, OAG adalah Radhi. Kumpulan ini adalah perjuangan Radhi.

“Tapi kalau dia mahu pertahankan hak pemilikan dan bayaran royalti lagu yang dihasilkannya, itu antara dia dengan penerbit.

“Tapi begitulah, untuk buat tuntutan kena ada bantuan guaman. Saya sudah lama bercakap mengenai soal ini kepada dia.

“Terpulang kepada Radhi, sama ada dia sanggup atau tidak keluarkan kos untuk dapatkan nasihat undang-undang,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN