Tujuh inisiatif bantu komuniti India

Tujuh inisiatif bantu komuniti India

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melaksanakan tujuh inisiatif sepanjang 2024 untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat India di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big di bawah agensi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM60 juta.

Menurut beliau, melalui program tersebut, seramai 2,355 usahawan India telah menerima bantuan dengan peruntukan berjumlah RM57,468 yang disalurkan sehingga 19 Disember lalu.

“Sehingga 13 Disember lalu, seramai 3,285 usahawan wanita India menerima pembiayaan berjumlah RM30.34 juta menerusi program Prosperity, Empowerment and A New Normal (PENN) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Dalam usaha membantu usahawan komuniti India, Bank Rakyat turut menawarkan program pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) berjumlah RM50,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua bantuan kemiskinan akan disalurkan tanpa mengira kaum. Beliau turut menggesa supaya naratif berasaskan perkauman dalam isu pemberian bantuan dan pembasmian kemiskinan tegar dihentikan segera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan bahawa peruntukan tambahan RM130 juta untuk masyarakat India tidak mencukupi.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, sehingga 19 Disember lalu, seramai 451 usahawan sudah dibantu dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM40.39 juta.

Kata beliau, pada 27 September lalu, KUSKOP melalui agensi SME Corp melancarkan Program Business Accelerator untuk syarikat kecil milikan India (I-BAP) dengan peruntukan RM6 juta.

“Sehingga 25 November lalu, sebanyak 20 syarikat menerima bantuan berjumlah RM1.5 juta, manakala 61 syarikat lagi sedang dinilai oleh SME Corp.

“Program Empowering Indian Entrepreneur (EIP 2024) turut dilaksanakan dengan kerjasama Tekun, AIM, SME Corp dan INSKEN.

“Program ini bertujuan memperkasakan usahawan India melalui kursus keusahawanan, kecerdasan buatan (AI), kewangan dan media sosial,” katanya.

Selain itu, Ramanan berkata, Kuskop juga menganjurkan program Vanakam MADANI iaitu sesi sembang santai bersama penduduk Kuala Kubu Bharu, Sungai Bakap dan usahawan India. Malah, program ini turut melibatkan pemberian bantuan bakul makanan kepada keluarga B40 komuniti India dari April hingga September lalu.

Selain itu, Kuskop menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengadakan Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) pada 13 Oktober lalu yang disertai 200 koperasi untuk meningkatkan pengetahuan koperator India mengenai Dasar Koperasi Malaysia 2023.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara menghantar 200 pelajar India ke China secara percuma untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ia juga Keprihatinan kerajaan MADANI terhadap komuniti India turut terserlah apabila bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak komuniti India,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya