Tujuh buah kereta ditawar sambutan Ambang Tahun 2025 di Melaka

Tujuh buah kereta ditawar sambutan Ambang Tahun 2025 di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak tujuh buah kereta dengan nilai RM501,188 ditawarkan untuk cabutan bertuah sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, tujuh buah kenderaan tersebut adalah untuk pengunjung dan pelancong yang diadakan setiap bulan sejak Januari lalu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurutnya, cabutan bertuah itu adalah dari bulan Jun hingga Disember termasuk hadiah utama sebuah Pickup Trucks Maxus T60 berharga RM115,888 sumbangan Weststar Group manakala pemenang bagi bulan April serta Mei akan menerima Proton Persona 1.6 serta Proton X50 malam esok.

Beliau berkata, antara kereta yang ditawarkan untuk cabutan bertuah ialah Proton Persona 1.6 CVT, Proton X50, Proton X70, sebuah kereta elektrik BYD Dolphin serta beberapa buah motosikal seperti Yamaha EZ115 dan Honda RS150R.

“Bagi rakyat negeri Melaka, pengunjung dan pelancong yang hadir pada Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 itu nanti, kerajaan negeri menawarkan sebuah kereta Perodua Axia, dua buah motosikal Yamaha EZ115 dan enam buah televisyen 60 inci bagi cabutan bertuah malam itu.

“Mereka yang hadir hanya perlu mengimbas kod QR yang boleh didapati pada sukarelawan TMM2024 yang berada di situ. Justeru saya minta rakyat Melaka datang beramai-ramai memeriahkan sambutan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Melaka Berselawat sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Banda Hilir di sini malam tadi yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam serta Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sementara itu Abdul Razak berkata, program Melaka Berselawat mendapat sambutan luar jangkaan serta mencipta sejarah apabila dihadiri lebih 50,000 umat Islam memenuhi setiap ruang di Jalan Persiaran Merdeka.

Menurutnya, program itu akan diteruskan tahun depan sehingga tahun 2026 seperti yang diumumkan oleh Ab. Rauf pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan
Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas.

Beliau berkata, acara itu adalah antara program sempena TMM2024 yang akan diteruskan sehingga 2026 selain sebagai pembuka semangat untuk sambutan tahun baharu 2025.

“Alhamdulillah sambutan Melaka Berselawat mendapat sambutan luar jangkaan dihadiri 50,000 umat Islam dan program ini akan diteruskan setiap tahun. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT,” ujarnya.

Majlis berkenaan diserikan dengan alunan qasidah oleh pendakwah Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin Assegaf bersama Kumpulan Qasidah Az-Zahir serta ceramah khas oleh pendakwah tersohor, Ustaz Zul Ramli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya