KUALA LUMPUR: “Berat tuduhan ini. Fitnah!,”
Demikian kata pelakon, Zara Zya yang tidak senang mendengar khabar angin yang menyatakan dirinya sudah berkahwin di Thailand.
Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, mengakui terkesan dengan dakwaan tersebut sehingga waktu tidurnya terganggu.
“Tidak lena tidur saya dibuatnya. Memikirkan tentang khabar angin yang menyatakan saya telah berkahwin di Thailand.
“Saya belum berkahwin dan tidak pernah pun berkahwin,” katanya menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.
Perkongsian tersebut turut menjadi sorotan dalam kalangan pengikutnya dan rata-ratanya memohon agar pelakon Risik Pada Hati tersebut mengendahkan khabar angin yang disifatkan sebagai fitnah itu.
“Bertabah dan bersabar kak. Zaman fitnah di hujung jari sekarang ini,” komen seorang pengikutnya.
“Tak usah dilayan. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi,” komen seorang lagi peminatnya.
“Kami percayakan awak, Zara,” kata seorang peminatnya.