TUDM 'lubuk' lahirkan atlet sukan kriket

TUDM ‘lubuk’ lahirkan atlet sukan kriket

NORAZMAN Ismail (tengah) bersama enam atlet kriket TUDM yang juga atlet kebangsaan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan TUDM di Pangkalan Udara Sendayan, Seremban semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Di sebalik tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga handal dalam bidang sukan khususnya kriket dengan sembilan anggota TUDM bergelar atlet kriket negara.

Pengerusi Kriket TUDM, Brigedier Jeneral Norazman Ismail, berkata, buat masa ini ada 45 pemain kriket dalam pasukan tersebut, di mana 34 daripadanya merupakan anggota lelaki, selebihnya perempuan.

“Daripada jumlah tersebut, empat anggota lelaki dan lima anggota wanita berjaya bergelar atlet Malaysia serta mengharumkan nama negara dalam sukan ini di peringkat antarabangsa, justeru berhasrat menyertai lebih banyak lagi kejohanan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan semangat pemain,” katanya ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan TUDM di Pangkalan Udara Sendayan, di sini.

Pada majlis berkenaan, selain pasukan kriket, Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan turut meraikan atlet TUDM terlibat dalam sukan sepak takraw, ping pong dan ragbi yang memperoleh kejayaan di beberapa kejohanan.

Norazman turut berkongsi kejayaan terbaharu pasukan kriket melalui atlet mereka iaitu Koperal  Udara Muhamad Syahadat Ramli dan Koperal Udara Muhammad Wafiq Irfan Zarbani yang membantu pasukan kriket negara memperoleh pingat emas dalam Kejohanan ICC Mens T20i World Cup Asia Qualifier A.

“Empat lagi anggota wanita, berjaya mewakili Malaysia dan merangkul Naib Johan dalam Kejohanan ACC Women’s Premier Cup Asia Qualifier, malah ingin mengekalkan kejohanan 17 tahun berturut-turut dalam sukan kriket antara perkhidmatan yang diadakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Semangat dan komitmen tinggi pemain ditunjukkan apabila mereka bukan hanya melakukan latihan pusat iaitu di Pangkalan Udara Sendayan tetapi di pangkalan masing-masing secara bersendirian menjadikan permainan mereka kini berada di satu tahap tersendiri,” katanya. – UTUSAN

//habis

 

caption

 

NORAZMAN Ismail (tengah) bersama enam atlet kriket TUDM yang juga atlet kebangsaan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan TUDM di Pangkalan Udara Sendayan, Seremban semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya