Tok Mat sahkan telah bayar kompaun kesalahan merokok tempat awam

Tok Mat sahkan telah bayar kompaun kesalahan merokok tempat awam

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan eSports Piala Tok Mat di Senawang, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah membayar kompaun yang dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadapnya atas kesalahan merokok di sebuah kedai makan di Rantau di sini, baru-baru ini.

“Sehari selepas terima notis tersebut saya telah bayar, tidak mengapalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan eSports Piala Tok Mat di Senawang di sini.

Pada 18 Disember lalu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana merokok di tempat larangan.

Ia selepas tular di platform media sosial, gambar yang memaparkan Mohamad sedang memegang rokok bersama sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan.

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, memaklumkan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah berjumpa dan menyerahkan notis kesalahan itu kepada Mohamad.

Terdahulu beliau menegaskan, tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya