Tok Mat minta dirinya dikompaun KKM

Tok Mat minta dirinya dikompaun KKM

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Kementerian Kesihatan untuk memberikan kompaun kepada dirinya susulan tindakannya merokok di kedai makan Ahad lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Mohamad untuk memberikan notis kesalahan dan kompaun.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak Menteri Luar tersebut.

Bagaimanapun, menariknya adalah Dr. Dzulkefly memaklum Mohamad sendiri yang meminta KKM mengeluarkan kompaun dan akan membayar dendanya.

“Jujurnya, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri minta KKM isukan (mengeluarkan) kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya menerusi ciapan di laman sosial X hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial X yang menggunakan akaun @MsianInciter membuat ciapan bergambar menunjukkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO itu sedang merokok di kedai makan ketika berbual dengan empat lagi individu.

“Ingatkan kedai makan adalah kawasan larangan merokok, tapi Menteri Luar Negeri balik kawasan ‘berasap’ di kedai makan relax (santai) saja,” ciapnya.

Ciapan itu kemudiannya mendapat respon daripada Dr. Dzulkefly yang kemudiannya memaklumkan tindakan itu menyalahi Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024).

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN