TNB potong bekalan elektrik di tiga premis judi haram

TNB potong bekalan elektrik di tiga premis judi haram

DARLVEEN (kiri) ketika operasi memotong bekalan elektrik di premis sekitar Jalan Ampang, hari ini. Gambar: M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga premis di Wangsa Maju dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik ekoran didapati menjalankan kegiatan perjudian secara haram, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd. Lazim Ismail berkata, pemotongan itu dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

“Ketiga-tiga premis berkenaan telah dipotong bekalan elektrik kerana menjalankan aktiviti perjudian iaitu menjadi ejen loteri haram dan ejen tambah nilai judi dalam talian secara haram.

“Ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Lazim, tindakan memotong bekalan elektrik itu dijalankan di bawah Seksyen 21A akta sama.

Dalam operasi yang diketuai Inspektor Darlveen Singh Teja Singh, ketiga-tiga premis di Jalan Ampang, Taman Sri Rampai dan Taman Danau Kota itu didapati tidak lagi beroperasi selepas mereka berselindung di sebalik pelbagai aktiviti perniagaan lain bagi mengelakkan kegiatan dikesan.

“Premis pertama di Jalan Ampang didapati berselindung sebagai pusat snuker manakala dua lagi premis di Taman Sri Rampai dan Taman Danau Kota berselindung sebagai kedai runcit,” katanya.

Jelasnya, serbuan ke atas ketiga-tiga premis telah dijalankan antara bulan Jun hingga November lalu membabitkan enam tangkapan dan tindakan pemotongan bekalan elektrik bagi mengelakkan premis-premis berkenaan meneruskan kegiatan mereka.

“Operasi berkenaan membabitkan seorang pegawai dan dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bersama dua petugas TNB,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya