Titah addendum: Anwar kritik pembangkang cuba jadi ‘juara’

Titah addendum: Anwar kritik pembangkang cuba jadi ‘juara’

ANWAR Ibrahim membidas pemimpin pembangkang yang cuba menjadi ‘juara’ dalam memperjuangkan tahanan rumah untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri membidas pemimpin pembangkang yang cuba menjadi ‘juara’ dalam memperjuangkan tahanan rumah untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak boleh hendak menjawab soalan berkenaan kewujudan titah addendum tahanan rumah untuk Mohd. Najib memandangkan ia Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari depan untuk pendengaran rayuan tersebut.

“Kalau saya pilih hendak jawab, saya tidak boleh jawab untuk menghormati mahkamah. Tidak faham ke? Nak cari cheap political stunt dan hiprokasinya secara tiba-tiba mereka hendak menjadi juara (untuk) Mohd. Najib.

“Saya dengar ucapan dia (Kota Bharu) berapi-api mengecam Mohd. Najib habis-habisan, dari rambut sampai kaki (tetapi) sekarang hendak menjadi hipokrit. Saya boleh jawab (tapi) bagi masa lepas (keputusan) mahkamah, saya akan datang sini (Dewan Rakyat) untuk jawab,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengemukakan soalan tambahan dengan mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menjawab isu berkaitan titah addendum untuk Mohd. Najib.

Anwar berkata, kerajaan tidak boleh mengulas mengenai titah addendum tersebut kerana ia melibatkan Yang di-pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.

“Sejak bila seorang Perdana Menteri boleh mengulas Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong? Hendak jadi juara separuh jalan, boleh tetapi kalau hendak tengok hukum, boleh ke tidak Perdana Menteri ulas keputusan?

“Mengapa menteri-menteri jawab begitu? Kita rujuk kepada Jemaah Menteri dan bagi keputusan seperti ini sehingga kes (tersebut) dimuktamadkan serta hinga Yang di-Pertuan Agong sendiri perkenan, kita tidak boleh sentuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan dirinya merupakan salah seorang yang menentang Mohd. Najib berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kecaman terhadap Mohd. Najib itu memang jauh lebih besar (sama ada) atas nama individu (atau) parti dan saya di antara yang membawa kes (bagi) menentang soal 1MDB tetapi apabila seorang itu sudah dipenjarakan, ada pertimbangan ehsannya.

“Sebab itu dan tanggungjawab saya apabila ada rayuan untuk diberi pertimbangan, saya kemuka kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh kita ketepikan, kita kena bawa untuk pertimbangan dan (Tuanku) putuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Ini yang berlaku, ada minit untuk mesyuarat pada 2023 iaitu sebelum pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya