KOTA BHARU : Banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas yang masih dibuka setakat petang ini.
PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh dibuka tengah hari tadi susulan beberapa kawasan di Rantau Panjang mula dinaiki air akibat limpahan air Sungai Golok.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS berkenaan menempatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga dan PPS di Tanah Merah ditutup sepenuhnya tengah hari tadi selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN