Tindakan tiba-tiba masuk simpang bawa padah, warga emas maut dilanggar

Tindakan tiba-tiba masuk simpang bawa padah, warga emas maut dilanggar

KEADAAN kereta Nissan Almera yang dipandu warga emas terbalik dilanggar Toyota Vios di Kilometer 56.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta ketika memasuki simpang di Kilometer 56.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Hussin berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Lau Yuen Heng, 78, yang memandu kereta Nissan Almera meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Nissan Almera dipandunya dilanggar pada bahagian kiri oleh Mohamad Hafiz Muhamad, 34, yang memandu Toyota Vios.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika warga emas berkenaan dalam perjalanan dari bandar Kluang menghala ke Taman Megah, manakala Mohamad Hafiz yang juga seorang guru dari Batu 3 ke bandar Kluang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, warga emas berkenaan dikatakan secara tiba-tiba memasuki simpang kanan menghala ke Taman Megah.

“Mohamad Hafiz yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak serta memberhentikan kenderaannya lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Akibat perlanggaran itu, kenderaan warga emas berkenaan terbalik dan menyebabkannya mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohamad Hafiz pula cedera ringan pada bahagian badan dan masih menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya