Tiga karya itu gambaran ketika kecilku - Dian Sastrowardoyo - Utusan Malaysia

Tiga karya itu gambaran ketika kecilku – Dian Sastrowardoyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo, 42, mendedahkan, tiga filem pendek garapannya berjudul Nougat, Dini Hari dan Kotak merupakan gambaran dirinya sewaktu kecil.

Menurut Dian, tiga karya berkenaan secara tidak sengaja berhubung rapat dengannya yang dizahirkan menerusi jalan cerita yang sarat dengan mesej tertentu.

“Ketiga-tiga filem pendek itu, Nougat, Dini Hari, dan Kotak, tanpa aku sadari, seperti menggambarkan hubunganku dengan ‘inner child’ saya sendiri, sisi yang polos, rentan, dan penuh rasa ingin tahu.

“Dalam setiap cerita, ada jejak masa kecil, baik itu harapan, kerinduan, atau pencarian makna yang sederhana.

“Melalui filem-filem ini, saya merasa seperti tengah memahami kembali peribadi kecil saya yang ternyata selalu melekat di hasil karya saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Tidak cuma itu, kata Dian, dia juga bersyukur dan berasa bertuah kerana selama menempuh 25 tahun perjalanan seni, dirinya sering dikelilingi orang-orang yang menyokong penuh kerjayanya.

“Perjalanan ini bukan sesuatu yang boleh saya capai sendirian. Saya sangat beruntung dikelilingi orang-orang yang mendukung, mempercayai dan terus menyemangati diri saya.

“Semua ini adalah hasil dari proses panjang, pelajaran dari setiap karya dan cinta yang tak pernah padam untuk dunia filem,”ujarnya.

Pada masa yang sama, kata Dian, emosinya juga bercampur aduk ketika berada di Festival Filem Asia Jogja (JAFF) baru-baru ini.

“25 tahun perjalanan kerjaya seni saya dirayakan dengan penuh cinta. Mulai dari menonton ulang filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) menyusuri kembali karya-karya pendek yang pernah saya tulis dan sutradarai, hingga merayakan langkah baru sebagai Penerbit Eksekutif untuk Qodrat 2.

“Salah satu momen yang paling menyentuh adalah saat seorang penonton mendekati saya setelah tayangan Kotak. Dia menyampaikan karangan panjang tentang bagaimana filem pendek saya telah membuatnya berasa terhubung secara emosional.

“Saya terharu mendengar kisahnya kerana di situ saya sedar bahawa karya seni boleh mempunyai makna sedalam itu untuk orang lain,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya