Tidak timbul soal pengkhianatan kes Pulau Batu Puteh - Muhyiddin 

Tidak timbul soal pengkhianatan dalam kes Pulau Batu Puteh – Muhyiddin 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu pengkhianatan terhadap negara tidak timbul dalam kes Pulau Batu Puteh.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, keputusan menggugurkan rayuan terhadap tuntutan pulau tersebut pada 2018 dibuat berdasarkan prinsip tanggungjawab kolektif Kabinet.

“Ia tanggungjawab bersama. Tidak timbul soal perdana menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

“Malah, soal pengkhianatan kepada negara juga tidak timbul. Malah, adalah tidak wajar seorang bekas perdana menteri dihadapkan ke muka pengadilan semata-mata atas keputusan kerajaan yang disahkan oleh Kabinet semasa pentadbirannya dahulu.

“Jika ini berlaku, ia adalah satu duluan yang buruk (bad precedent) untuk negara,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Laporan RCI yang telah dinyahklasifikasi dikeluarkan sebelum ini mendedahkan, kerajaan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menyeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerah Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr. Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya