Tidak timbul isu pengikut GISBH tidak tuntut anak kerana takut ditangkap 

Tidak timbul isu pengikut GISBH tidak tuntut anak kerana takut ditangkap 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tidak timbul isu pengikut Global Ikhwan Sdn. Bhd. Holdings (GISBH) tidak menuntut anak masing-masing kerana takut ditangkap polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasutiion Ismail berkata, di dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah melaporkan jumlah anak-anak pengikut GISBH yang masih berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, berpandukan laporan diberikan, anak-anak pengikut GISBH telah dipulangkan kepada penjaga yang sah dan tiada sebarang masalah berbangkit.

“Pada mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan arahan khusus dan jelas supaya polis memberi tumpuan kepada langkah memastikan pengikut GISBH tidak kembali mengamalkan fahaman yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam.

“Dalam kalangan anak-anak JKM sudah pulangkan kepada penjaga, manakala pihak berkuasa agama beri tumpuan kepada proses pemulihan. Setakat ini tiada masalah,” katanya semasa melawat anggota-anggota polis terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini hari ini.

Beliau mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan bahawa cara untuk pengikut GISBH kembali kepada ajaran itu sebenarnya bukan bergantung kepada kitab-kitab, sebaliknya mereka boleh mengakses secara dalam talian.

Katanya, sehubungan itu PDRM perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenal pasti langkah-langkah yang sepatutnya diambil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya