PETALING JAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran akan bertindak terhadap persatuan perniagaan yang mengumumkan jangkaan kenaikan harga secara terbuka. Pengerusi MyCC, Tan Sri Idrus Harun menyifatkan tindakan peniaga itu sebagai usaha mengaburi mata rakyat dan mempromosikan amalan kartel. Katanya, ia bukan sahaja boleh mempengaruhi harga pasaran, malah berpotensi menjejaskan ekonomi serta menambah beban kos sara hidup rakyat. Menurut beliau, maklumat yang diperoleh mendapati terdapat persatuan yang cuba menyamarkan keputusan mereka sebagai jangkaan kenaikan harga masa depan atau panduan harga, walhal ia sebenarnya adalah keputusan terancang berunsurkan kartel. “MyCC tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya