Tiada syarat tambahan warga emas perbaharui lesen memandu

Tiada syarat tambahan warga emas perbaharui lesen memandu

AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak meletakkan apa-apa syarat tambahan kepada warga emas untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LLM).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, proses pembaharuan LLM bagi golongan warga emas masih tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat yang diterima.

“Jabatan ini sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan bahawa bermula 1 Januari depan golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas perlu mejalani pemeriksaan kesihatan untuk memperbaharusi lesen memandu mereka.

Dakwaan itu tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang turut mengatakan golongan warga emas yang lulus pemeriksaan kesihatan boleh melanjutkan lesen memandu mereka sehingga 10 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya