Tiada pertuduhan dalam siasatan tender projek 1BestariNet

Tiada pertuduhan dalam siasatan tender projek 1BestariNet

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berkaitan kes terbabit.

Katanya, ini susulan arahan yang diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berkaitan perkara tersebut.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan siasatan SPRM yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender tersebut.

“Sebagai langkah susulan, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM yang memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak antara YTL Communications Sdn Bhd dan KPM,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, SPRM berkata, TPR telah mengarahkan pihaknya untuk menyerahkan laporan penuh hasil dapatan siasatan kepada KPM berserta syor-syor penambahbaikan.

“Antara langkah utama yang disyorkan ialah agar KPM kembali ke meja perundingan bersama YTL Communications Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu berbangkit daripada kontrak tender perkhidmatan yang telah dipersetujui,” katanya.

September lalu, SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

Difahamkan, SPRM sedang mengenal pasti saksi untuk dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya