Thailand benarkan hanya tiga pintu masuk sah dari Kelantan ke Thailand

Thailand benarkan hanya tiga pintu masuk sah dari Kelantan ke Thailand

THAILAND hanya membenarkan pelancong Malaysia menggunakan tiga pintu masuk sahaja dari Kelantan untuk masuk ke negara itu. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK: Thailand juga mengenakan larangan ketat terhadap rentas sempadan dengan hanya membenarkan pelancong Malaysia menggunakan tiga pintu masuk sahaja dari Kelantan untuk masuk ke negara itu.

Tiga pintu masuk berkenaan adalah di Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Tak Bai dengan Pengkalan Kubor dan Buketa dengan Bukit Bunga, Jeli, Kelantan.

Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang berkata, rakyat kedua-dua negara sudah menggunakan laluan haram di sepanjang sempadan untuk kehidupan seharian mereka dan Ini sudah menjadi budaya sejak berpuluh tahun.

“Sebab itu, beberapa lokasi sempadan di sini dipasang dengan pagar keselamatan dan kami diberitahu langkah tersebut menjejaskan aktiviti harian kedua-dua warganegara tetapi mereka perlu mengikut peraturan.

“Saya melihat penguatkuasaan ketat di kawasan sempadan oleh polis Kelantan sejak 1 Disember lalu memberi kesan positif kepada aktiviti penyeludupan di kawasan itu. Sebab itu saya menegaskan rentas sempadan menggunakan tiga pintu masuk yang sah,” katanya kepada media Malaysia di Songkhla semalam.

Beliau mengeluarkan amaran itu berikutan tindakan tegas polis Malaysia di Kelantan terhadap rentas sempadan menggunakan jeti haram yang bermula pada 1 Disember lalu.

Tambah beliau, jumlah warga Thailand yang ditahan sejak larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram itu adalah sebanyak empat orang.

“Kami sedang menunggu pihak berkuasa Kelantan menyelesaikan siasatan terhadap kes itu dan akan mengambil tindakan seterusnya terhadap keempat-empat mereka nanti.

“Tentera Thailand juga sudah meningkatkan keselamatan mereka di sepanjang sempadan berikutan tindakan keras itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Katanya, undang-undang yang ada sepatutnya dihormati dan rakyat di kedua-dua negara perlu mengamalkan cara hidup seperti tertakluk dalam undang-undang.

“Rakyat di kedua-dua negara perlu menggunakan laluan yang diwartakan jika tidak mahu berdepan masalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya