Terokai STEM melalui permainan

Terokai STEM melalui permainan

Antara peserta yang menyertai Karnival Digital dan STEM Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1, Pasir Puteh, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa Pasir Puteh Kelantan meneroka Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui permainan sekali gus memupuk pelajarnya untuk cintakan bidang berkenaan.

Seorang muridnya, Muhammad Azreen Mohd. Sani, 12, berkata, teknik konsep mencuba, rekacipta, latihan serta pamer itu menjadikan dunia pendidikan lebih menarik.

“Melalui cara ini, murid-murid akan mudah ke sekolah kerana ingin bermain, namun sebenarnya kami belajar dengan pendekatan yang baharu merentasi penggunaan buku.

“Kaedah ini amat menyeronokkan kerana diberi peluang mencuba dan mereka cipta komponen robot, mengendalikan dron dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Karnival Digital dan STEM SK Bukit Jawa 1, Pasir Puteh baru-baru ini.

Karnival Digital dan STEM selama dua hari itu membabitkan pameran planetarium, bengkel Chem e-car, pengedalian dron, mikrobotik, kereta belon dan lain-lain yang disusuli pertunjukan dan pameran hasil kerja murid.

Seorang lagi murid, Amsyar Khairuddin, 12, memberitahu, kemudahan komponen robotik yang disediakan di sekolah memudahkan murid mencipta sesuatu yang baharu.

“Kami diberi peluang mereka cipta dan mengendalikan hasil secara digital menggunakan komputer,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN