Tergamam lihat anak dihanyut ombak

Tergamam lihat anak dihanyut ombak

MUHD .Naufal Arshad Muhd.Aiman Hafiz (kanan) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ibu kepada kanak-kanak yang lemas semasa mandi di Pantai Kandis di sini, semalam tergamam melihat anak lelakinya itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dihanyutkan ombak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Siti Nur Shahidah Muhammad, 33, sempat  menghulurkan kayu, namun anaknya, Muhd. Naufal Arshad Muhd. Aiman Hafiz, 8, tidak dapat mencapainya kerana arus ombak ketika itu sangat deras.

Siti Nur Shahidah berkata, mereka  bersama tiga lagi anaknya berusia antara empat tahun hingga 10 tahun dan dua anak jirannya ke pantai itu untuk bersiar-siar, kira-kira pukul 6.20 petang.

Katanya, meskipun hujan renyai-renyai, Muhd. Naufal bersama adik-beradik dan rakannya beria-ria mahu mandi di pantai tersebut.

“Kami semua mandi berhampiran kawasan benteng batu. Tiba-tiba, saya melihat Muhd. Naufal terjatuh dari benteng batu itu sebelum ditarik ombak.

“Saya mengambil sebatang kayu dan menghulurkan kepada Muhd. Naufal, namun dia tidak sempat mencapainya. Saya liha dia terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa ombak,” katanya ketika ditemui di Pantai Kandis, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhammad berkata, setakat ini, mangsa belum dijumpai selepas pemantauan sepanjang malam tadi dijalankan di kawasan pantai itu.

Katanya, operasi mencari kanak-kanak itu diteruskan pagi ini sehingga mangsa ditemukan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya