Terengganu rekod 7.8 juta pelancong 

Terengganu rekod 7.8 juta pelancong 

RAZALI Idris (tengah) mencuba mencanting batik semasa melawat reruai jualan pada Karnival Beautiful Terengganu 2025 di Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu  merekodkan kedatangan 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, mengatasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 4.5 juta orang

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, angka itu menunjukkan kejayaan perancangan aktiviti yang diatur dalam Kalendar Pelancongan Terengganu 2204.

Katanya, jumlah itu juga menunjukkan peningkatan yang sangat ketara berbanding 3.5 juta pelancong yang direkodkan sepanjang tahun 2023.

“Berdasarkan data daripada Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), jumlah kenderaan keluar masuk ke Terengganu juga meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding 2023,” katanya selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2025 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Pada  2025, kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan telah menyenaraikan sebanyak 114 acara pelancongan dan kebudayaan di seluruh daerah Terengganu.

Razali berkata, antaranya ialah Pelita Raya Terengganu, Musim Candat Sotong, Kejohanan Kuda Lasak, Senandung of Terengganu, Festival Setiu Wetlands dan Karnival Pantai Terengganu.

“Penyenaraian acara kalendar pelancongan itu telah mengambil kira semua elemen, antaranya kekuatan dan impak penganjuran acara tersebut dalam usaha menarik minat pengunjung malah sumbangan terhadap sosio ekonomi rakyat Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya