Tengku Muhammad Ismail santuni mangsa banjir 

Tengku Muhammad Ismail santuni mangsa banjir 

TENGKU Muhammad Ismail (kiri) berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Yang Dipertuan Muda Terengganu,Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, hari ini.

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 242 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Pengkalan Ranggon.

Tengku Muhammad Ismail yang tiba di SK Kemasik kira-kira pukul 10 pagi dengan berpakaian santai sempat bertanya khabar dan mengurniakan sumbangan berupa kotak barangan keperluan asas serta wang tunai bagi setiap keluarga.

Selepas itu, Tengku Muhammad Ismail diberikan taklimat mengenai penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan oleh Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Fadli Yusof Zakaria yang juga  Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman

Tengku Muhammad Ismail kemudian menaiki pacuan empat roda meredah laluan yang dinaiki air untuk menyantuni mangsa banjir di SK Pengkalan Ranggon.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan,  Mohd Safar Wan Nik, 40, berkata, kehadiran Tengku Muhammad Ismail sedikit sebanyak dapat mengubat kesusahan yang dialami mangsa banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya