Tengku Mahkota Kelantan kurnia bantuan banjir kepada warga polis Kelantan - Utusan Malaysia

Tengku Mahkota Kelantan kurnia bantuan banjir kepada warga polis Kelantan

Caption: TENGKU Muhammad Fakhry Petra (dua dari kanan) mengurniakan bantuan banjir kepada pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam terjejas banjir di IPK Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli mengurniakan bantuan banjir kepada warga polis Kelantan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Baginda tiba pada pukul 5.30 petang dengan diiringi Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Datuk Mohd. Anis Hussein serta disambut oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat.

Baginda kemudian berkenan meluang masa kira-kira 15 minit untuk mendengar taklimat banjir daripada Mohd. Yusoff sebelum mengurniakan sumbangan bantuan kepada seramai 649 pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam dari seluruh Kelantan.

Beliau kemudian meluangkan masa sehingga kira-kira 20 minit untuk santapan petang bersama semua warga polis Kelantan sebelum berangkat pulang pada pukul 6.30 petang.

Sementara itu, Mohd. Yusoff memaklumkan sumbangan yang dikurniakan oleh Tengku Mahkota adalah berbentuk tilam, beras dan barangan makanan asas yang sememangnya diperlukan oleh kesemua pegawai, anggota dan kakitangan awam terlibat.

“Beberapa kediaman pegawai, anggota dan kakitangan awam terlibat mengalami kerosakan penuh seperti di Taman Sri Bayu, Tumpat dan Pasir Mas membabitkan kerosakan semua perabot dan kelengkapan rumah.

“Semua bentuk bantuan diperlukan telah dimaklumkan kepada Tengku Mahkota dengan tilam menjadi keperluan paling mendesak dan baginda berkenaan untuk mengurniakan bantuan pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis itu.

Beliau memberitahu, polis menerima sebanyak 23,394 laporan kerosakan secara keseluruhan membabitkan kerosakan premis, kenderaan, binatang dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya