Tenaga pengajar institut memandu tidak pakai tali pinggang keledar

Tenaga pengajar institut memandu tidak pakai tali pinggang keledar

AZRIN BORHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terlupa memakai tali pinggang keledar dan mahu mempercepatkan sesi pengajaran.

 

 Itu antara alasan tenaga pengajar institut memandu yang dikesan melakukan kesalahan dalam operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Selangor, baru-baru ini.

 

 Selain tidak memakai tali pinggang keledar, ada juga tenaga pengajar menggunakan kenderaan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

 

 Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, Operasi Khas Institut Memandu itu dijalankan ke atas 26 institut bermula 15 Disember sehingga kelmarin.

 

  Jelas beliau, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 164 buah kenderaan yang digunakan bagi sesi pengajaran.

 

 “Kesalahan pengajar antaranya tidak bertali pinggang keledar ketika memandu dan kesalahan teknikal melibatkan spesifikasi kenderaan. Sebanyak tujuh notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk melibatkan tenaga pengajar,” katanya hari ini.

 

  Tambah Azrin, operasi itu memfokuskan permit institut memandu, sijil mengajar dan kenderaan yang digunakan ketika mengajar.

 

  “Pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas kenderaan bagi memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat bagi pembelajaran di litar serta jalan raya. 

 

  “Selain itu, tenaga pengajar institut memandu perlu dipastikan memegang sijil pengajar yang sah untuk mengajar calon-calon,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya