KUALA LUMPUR: Tempoh idah pelakon, Nur Fazura tamat selepas perceraiannya dengan Fattah Amin pada Oktober lalu.
Fazura memberi bayangan itu menerusi perkongsian di Instagram, baru-baru ini.
“Pengakhiran dan permulaan bagi segalanya,” tulisnya di Instagram.
Pelakon berusia 41 tahun itu memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran berserta gambarnya mengenakan busana serba putih.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sah bercerai talak satu dengan bekas Fattah pada 7 Oktober lepas di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Terdahulu, bekas pasangan suami isteri itu sebelum itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.