Telegram, WeChat mohon lesen operasi di Malaysia

Telegram, WeChat mohon lesen operasi di Malaysia

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Telegram dan Tencent (WeChat) antara platform media sosial terawal memohon lesen untuk mereka beroperasi di Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, kedua-dua plaform itu dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk dilesenkan dalam masa terdekat.

Jelas MCMC, keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

“MCMC mengingatkan semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar mengemukakan permohonan mereka dengan segera sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ia adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, pihaknya komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancar.

Katanya, kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

“Rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan lebih teguh terhadap kandungan berbahaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya