Teguran Razarudin lebih kepada tangani isu integriti polis - Utusan Malaysia

Teguran Razarudin lebih kepada tangani isu integriti polis

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Teguran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain susulan tiga anggota polis Kelantan ditangkap ketika berhibur di Golok adalah lebih kepada menjaga integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bukan mengenai berapa ramai atau di mana anggota polis ditangkap, sebaliknya apa yang lebih penting adalah supaya isu integriti anggota polis ditangani sebaik mungkin.

“Maksudnya Ketua Polis Negara menyedari bahawa antara cabaran yang perlu ditangani oleh kepimpinan PDRM adalah isu integriti.

“Kita tidak mahu hanya kerana segelintir anggota membawa masalah, ia akan terpalit kepada keseluruhan pasukan polis yang mempunyai kekuatan sehingga 130,000 orang,” katanya kepada pemberita  semasa melawat mangsa-mangsa banjir dalam kalangan warga PDRM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini hari ini.

Katanya, dalam konteks yang lebih tepat adalah teguran Ketua Polis Negara itu menunjukkan PDRM sememangnya memberi perhatian berat kepada isu-isu berkaitan integriti.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu setakat ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengesan mana-mana individu yang diburu berkaitan jenayah siber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya