LOS ANGELES: Selebriti antarabangsa, Taylor Swift, menjadi artis dengan jumlah penstriman paling tinggi di Spotify untuk tahun 2024.
Ini merupakan kali kedua Swift berjaya mencatat rekod cemerlang seperti itu dengan jumlah penstriman sebanyak 26.6 juta.
Kejayaan tersebut diperoleh setelah kejayaan penerbitan album terbaharunya, The Tortured Poet Department (TTPD) juga menjadi album paling banyak dicari untuk 2024.
“Artis dan album paling banyak didengar di Spotify? Anda semua sangat luar biasa. Macam tidak percaya menerima berita ini menjelang konsert The Eras Tour terakhir minggu ini,” tulis Swift menerusi hantaran di media sosial.
Terdahulu, album TTPD mencatatkan rekod terbaharu apabila menjadi album pertama yang mencapai jumlah 300 juta penstriman dalam sehari.
Selain penyanyi Cruel Summer itu, antara artis lain yang turut menerima penstriman tinggi di Spotify ialah The Weeknd, Bad Bunny, Drake dan Billie Eillish.