Tapir 'terperangkap' dalam tali air diselamatkan Perhilitan

Tapir ‘terperangkap’ dalam tali air diselamatkan Perhilitan

ANGGOTA Perhilitan mengangkat perangkap selepas menangkap tapir yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seekor tapir jantan seberat 220 kilogram yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jelapang, di sini diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.10 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

” Tapir tersebut ditangkap menggunakan tembakan pelali sebelum dimasukkan ke dalam perangkap. Haiwan liar ini kita lepas kembali ke habitat asal  bagi kelangsungan hidup, ” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Wan Zahhar Wan Zakaria, 26, berkata, dia menyedari kehadiran haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk ke rumah mentuanya di kampung yang sama.

“Bila melihat keadaannya, saya cuba halau agar ia dapat keluar tetapi gagal sebelum saya meminta rakan sekampung hubungi  Perhilitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya