Tanggung derita hilang separuh tempurung kepala

Tanggung derita hilang separuh tempurung kepala

MICK Amir Hamzah Abdul Malek terpaksa bergantung kepada beberapa jenis ubat termasuk ubat tidur, sawan, darah tinggi dan gastrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki di Kampung Binjai, Mukim Penjom di sini menerima ujian besar dalam hidupnya apabila kehilangan sebahagian tempurung kepala selain tangan kanan lumpuh. 

Mick Amir Hamzah Abdul Malek, 48, yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu di sebuah tapak projek pembinaan jalan raya di daerah ini, diserang sawan pada Ogos tahun lalu menyebabkan berlaku jangkitan kuman dan bernanah di bahagian kepalanya.

Katanya, sebelum ini dia sihat dan mampu bekerja seperti biasa, namun tidak menyangka badannya tiba-tiba ketar dan diserang sawan. 

“Ahli keluarga membawa saya ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan dan hasil CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer) mendapati bahagian kepala saya dijangkiti kuman dan bernanah.

“Saya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pembedahan dan doktor mengesahkan  tempurung kepala saya rosak dan tidak boleh diselamatkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Mick Amir Hamzah berkata, kejadian tersebut turut mengakibatkan tangan kanannya lumpuh akibat masalah saraf dan membataskannya untuk melakukan pekerjaan. 

“Kini saya perlu berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan susulan dan ia menelan belanja besar. Isteri saya (Nurul Iman Ahmad, 43,) tidak bekerja kerana perlu menguruskan saya dan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya. 

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, kini dia perlu bergantung kepada beberapa jenis ubat termasuk ubat tidur, sawan, darah tinggi dan gastrik selain tidak boleh terdedah kepada  cuaca panas. 

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan Mick Amir Hamzah boleh menghubunginya di talian 0179188003. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya