Tanah runtuh hempap depan rumah 

Tanah runtuh hempap depan rumah 

TANAH runtuh menghempap bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Ngangah, Kuala Krai, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Hujan lebat berterusan sejak pagi ini menyebabkan berlaku tanah runtuh yang menghempap bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Ngangah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, runtuhan tanah di lereng bukit berhampiran tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, sejurus selepas anggota tiba di lokasi mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang menghempap bahagian hadapan rumah, pagar dan garaj kenderaan.

“Kejadian ini tidak melibatkan mangsa dan kawasan yang terlibat adalah lebih tujuh meter lebar dan ketinggian lebih 12 meter. Penduduk dalam radius 50 meter dari kawasan runtuhan diarahkan berpindah buat sementara waktu berikutan pergerakan tanah yang masih aktif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ahmad memberitahu, setakat ini penghuni di empat buah rumah di sekitar kawasan runtuhan berkenaan sudah mula berpindah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya