Tanah Mendap DBKL: Paip culvert usia 35 tahun pecah

Tanah Mendap DBKL: Paip culvert usia 35 tahun pecah

TANAH mendap dipercayai berpunca daripada paip culvert yang berusia lebih 35 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian kesan tanah mendap di Jalan Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedalam dua kaki didapati berpunca daripada paip culvert yang berusia 35 tahun pecah.

DBKL berkata, pasukan petugas DBKL telah membuat lawatan ke lokasi pada hari yang sama untuk menjalankan pemeriksaan awal.

Menurut DBKL, hasil pemeriksaan mendapati mendapan berlaku sekitar kedalaman dua kaki akibat paip culvert yang pecah.

“Kejadian ini dipercayai berpunca daripada usia culvert yang melebihi 35 tahun, ditambah dengan tekanan tanah akibat hujan berterusan.

“Sebagai langkah keselamatan segera, kawasan terlibat telah ditutup sementara dan ditanda bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.

“Kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan serta-merta, termasuk penggalian dan penggantian culvert baharu yang lebih tahan lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, tular di media sosial terdapat kesan mendapan tanah di sekitar jalan Menara 1 DBKL.

Tambah DBKL, tanah di kawasan mendapan juga akan distabilkan dengan lapisan bahan khusus untuk mengelakkan kejadian berulang.

“Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada 2 Disember 2024, tertakluk kepada keadaan cuaca.

“DBKL akan terus memantau kawasan ini serta menjalankan pemeriksaan di lokasi-lokasi lain yang berpotensi menghadapi masalah serupa. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan serta maklumat yang disalurkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya