Taman permainan mesra OKU pertama di Melaka

Taman permainan mesra OKU pertama di Melaka

MOHD. NOOR HELMY Abdul Halem merasmikan Taman Permainan Kanak-kanak Interaktif Sejagat di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membina sebuah taman permainan kanak-kanak khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang pertama di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, Taman Permainan Kanak-kanak Interaktif Sejagat itu direka khas untuk kegunaan OKU termasuk anak autisme.

Menurutnya, kemudahan alat permainan yang dibina adalah berkonsepkan mesra OKU dan dijamin lebih selamat berbanding taman permainan kanak-kanak normal.

“Set permainan ini juga mesra kanak-kanak autisme yang hipersensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan dan bunyi. Taman ini adalah yang pertama dibina di negeri ini dilaksanakan oleh MBMB serta mendapat peruntukan RM500,000 daripada Jabatan Landskap Negara.

“Alat permainan yang dibina di sini berkonsepkan interaktif dapat membantu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran fizikal dan mental serta merangsang pemikiran golongan ini.

“Sebagai contoh buaian yang ada untuk kanak-kanak normal dan satu lagi buaian untuk golongan OKU yang membolehkan mereka menaikinya walaupun berkerusi roda dan apa yang lebih penting ia lebih menjamin keselamatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, berhubung aduan orang ramai mengenai jalan yang tidak rata di Taman Bandaraya Bukit Serindit, MBMB akan membaiki beberapa kawasan riadah secara berperingkat.

“Saya diberitahu pembaikan jalan tidak rata kini dalam proses pembaikan dan ia tidak boleh dilakukan secara menyeluruh kerana taman ini akan dinaik taraf oleh MBMB tidak lama lagi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya