Tabung Haji sumbang RM160,000 bantu pelajar asnaf 

Tabung Haji sumbang RM160,000 bantu pelajar asnaf 

MOHD. Naim Mokhtar (tengah) menyaksikan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM159,700 kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed (kanan) pada Majlis Perasmian Program Bijak Bestari Kampung Bharu yang berlangsung di Menara TH Tun Razak di sini, hari ini. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah menyumbang hampir RM160,000 dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui Program Bijak Bestari Kampung Bharu. 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman berkata, program itu melibatkan 50 pelajar sekolah rendah dan 50 pelajar sekolah menengah dari golongan asnaf. 

Menurutnya, program itu bertujuan membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi menangani masalah keciciran pelajaran. 

“Program ini mendapat kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang memfokuskan kepada pelbagai bidang dan topik menarik. 

“Antaranya topik yang dibincang ialah Sains, keusahawanan, teknologi robotik, teknik menjawap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), prospek pengajian tinggi, perancangan kerjaya dan perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh bidang,” katanya semasa Majlis Perasmian Program Bijak Bestari Kampung Bharu di Menara Tabung Haji di sini, hari ini. 

Tambah beliau, selain penganjuran seminar dan kelas-kelas tuisyen untuk pembangunan akademik, para pelajar juga akan menyertai kem dan bengkel-bengkel luar yang memberi fokus kepada penerapan nilai-nilai murni, selain pembangunan dan disiplin diri. 

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tanpa sokongan dan bantuan tambahan, pelajar-pelajar asnaf boleh hilang motivasi untuk belajar dan berisiko tinggi untuk tercicir. 

“Justeru sokongan yang sesuai perlu diberikan kepada pelajar-pelajar ini dalam bentuk sokongan akademik, emosi dan psikologi.

“Isu keciciran perlu ditangani melalui kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, sekolah, ibu bapa, komuniti, agensi awam dan swasta serta organisasi bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Muhd Naim turut memuji usaha semua agensi termasuk Tabung Haji yang mengambil inisiatif untuk menangani isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar khususnya di Kampung Baru sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Kampung Angkat Madani dan Santuni Madani. 

Beliau berkata, tentunya insiatif itu adalah satu bentuk sokongan kepada usaha gigih Kementerian Pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya