Suspek tikam juruwang masih diburu, 10 individu dirakam keterangan 

Suspek tikam juruwang masih diburu, 10 individu dirakam keterangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis masih mengesan suspek utama yang terlibat menikam seorang juruwang wanita warga China sehingga maut dalam kejadian di sebuah restoran di pusat beli-belah Cheras dekat sini pada 29 November lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata, seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan, namun, motif kejadian itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Pada 30 November lalu, polis mengesahkan wanita berusia 49 tahun maut ditikam empat sehingga lima  kali menggunakan pisau pada badannya dalam kejadian pukul 3 petang.

Susulan itu, seramai tujuh suspek yang juga rakan sekerja mangsa sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut, namun senjata digunakan suspek dalam kejadian masih belum ditemukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya