Suri rumah rugi RM200,000 terpedaya `phone scam’

Suri rumah rugi RM200,000 terpedaya `phone scam’

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang suri rumah mengalami  kerugian sebanyak RM200,060.28  akibat terpedaya dengan sendikit ‘ phone scam’ atau penipuan menerusi  panggilan telefon.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan Abd Hamid Abd  Rahman berkata, mangsa telah menerima panggilan telefon dari seorang individu yang menyamar sebagai seorang  pegawai polis.

Katanya, dalam panggilan itu, mangsa dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah dan suspek berjanji akan membantu mangsa menyelesaikan kes tersebut

Menurut beliau, mangsa telah diminta oleh suspek bagi membuka satu akaun di Hong Leong Bank dan memindahkan kesemua wang simpanan milik mangsa ke akaun tersebut.

“Mangsa kemudian diarahkan oleh suspek untuk meletakkan kad ATM akaun bank tersebut di sebuah steysen minyak di Pontian.

“Suspek berjanji akan memulangkan semula kad ATM setelah kes jenayah tersebut diselesaikan,” katanya dalam kenyataan disini, hari ini.

Tambah Abd Hamid, mangsa mula curiga apabila suspek gagal untuk dihubungi dan telah pergi ke bank untuk membuat semakan diakaunnya.

“Pihak bank mengesahkan sebanyak RM200,060.28 telah dikeluarkan oleh suspek dari  akaun mangsa tanpa diketahui oleh wanita tersebut,” katanya.

Abd Hamid. berkata, tindakan mengesan dan menangkap suspek kini giat dilakukan dan polis masih mengumpul bukti keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“ Orang ramai diminta lebih cakna dan mengambil tahu mengenai perkembangan jenayah  komersial bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan seperti itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya