Suri rumah cari pelanggan, tawar seks didenda RM2,000

Suri rumah cari pelanggan, tawar seks didenda RM2,000

ANIZA Shakiera Ahmad didenda RM 2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian, Kelantan, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Aniza Shakiera Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri. 

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 16 November lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd. Nor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin @ Abdul Hamid.

Ariyani dalam rayuannya meminta hukuman denda paling minimum memandangkan tertuduh yang tidak bekerja dan merupakan ibu kepada tujuh anak sudah insaf.

“Tertuduh juga hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja di tempat memproses ayam,” ujarnya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya