Surcaj RCC langgar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010

Surcaj RCC langgar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan surcaj pematuhan kawal selia (RCC) di klinik swasta bagi setiap lawatan pesakit melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Dr. Shanmuganathan Ganeson berkata, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada 9 Disember lalu.

Justeru katanya, klinik swasta perlu mengenakan kadar caj munasabah dengan mencerminkan kos operasi sebenar.

“Kami dinasihatkan bahawa pengamal perubatan am (GP) perlu menentukan kadar mereka sendiri berdasarkan kos yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan mereka, termasuk kos pematuhan.

“FPMPAM kekal komited untuk menyokong ahli-ahli kami dalam menghadapi cabaran ini dan memperjuangkan dasar yang adil serta saksama yang memastikan kelangsungan amalan perubatan swasta dan kesejahteraan pesakit kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya