Sudah jemu bercakap tentang isu guna nama Ukays - Utusan Malaysia

Sudah jemu bercakap tentang isu guna nama Ukays

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Mohd. Azmir Muhammad Yusof atau Amir menegaskan sudah jemu menjawab pertanyaan mengenai isu penggunaan nama kumpulan Ukays oleh pihak lain.

Justeru, katanya, dia sekarang ini lebih memilih untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan dan membiarkan peminat menilai mengenai perkara tersebut.

“Saya tak akan respons atau melenting, sudah malas mahu bercakap mengenai isu guna nama Ukays ini.

“Saya tak mahu peminat keliru, mereka dengar Ukays buat persembahan tapi bukan saya.

“Biarlah peminat menilai. Tak perlu saya komen lagi mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Amir berkata demikian selepas sidang media Malam Silaturahim di Restoran Saloma Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi ini bersyukur kerana masih dipanggil membuat persembahan meskipun usianya kini mencecah 55 tahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menghiburkan. Saya masih dipanggil untuk menyanyi sempena majlis makan malam antaranya yang dianjurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jabatan kerajaan lain.

“Saya tidak menolak ini semua kerana lagu-lagu kumpulan Ukays yang malar segar.

“Sampai sekarang, peminat masih mahu saya nyanyikan lagu-lagu Ukays secara langsung dihadapan mereka. Pada saya ini adalah satu pencapaian,” kongsinya lagi.

Amir dalam pada itu, bakal berkongsi pentas dengan barisan penyanyi ternama tanah air seperti Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting dan ramai lagi sempena acara Malam Silaturahim yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 25 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya