Suasana Masjid Al-Muktafi Billah Shah lengang 

Suasana Masjid Al-Muktafi Billah Shah, lokasi hukuman sebat lengang 

SUASANA di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu yang menjadi tempat pelaksanaan hukuman sebat masih lengang pagi ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suasana di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini yang menjadi lokasi pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai ke atas seorang duda selepas solat Jumaat Iini, masih lengang setakat pukul 11 pagi ini.

Mohd. Affendi Awang, 42,  dari Kerteh, Kemaman dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku salah berkhalwat kali ketiga dengan seorang wanita berusia 52 tahun di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail dalam prosiding pada 20 November lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, aktiviti kuliah berjalan seperti biasa di masjid tersebut pagi ini.

Sementara itu, di hadapan pintu masuk Dewan ‘Aasim masjid tersebut yang menjadi tempat lelaki itu menjalani hukuman sebat juga masih kosong tanpa kehadiran petugas.

Kawasan pekarangan masjid itu juga masih lengang apabila masih tidak ramai yang hadir di masjid tersebut.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berpuas hati dengan persiapan yang diatur untuk melaksanakan hukuman itu.

“Persiapan rapi yang dilakukan menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk memastikan pelaksanaan hukuman itu berjalan lancar serta mematuhi syariat,” katanya. 

Utusan Malaysia pada 20 November lalu, melaporkan seorang duda yang juga seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu yang bakal dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya