Suami Zahnita dituduh cedera isteri, ambil dadah

Suami Zahnita dituduh cedera isteri, ambil dadah

ABD ZACKERY Ghouse Abd. Ghani (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas dua kesalahan di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suami pelakon dan bekas peragawati terkemuka tanah air, Zahnita Wilson didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini semalam atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Tertuduh, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, yang merupakan ahli perniagaan turut didakwa menggunakan dadah di mahkamah berasingan.

Abd. Zackery Ghouse didakwa mengikut Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.  

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh kira-kira pukul 8.20 pagi pada 7 Mei lalu di sebuah rumah di Indera Mahkota Kuantan didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Zahnita, 39.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Januari depan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berlainan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana didakwa menggunakan dadah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh pada kira-kira pukul 5.45 petang 2 Disember lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan didapati menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih satu tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2,600 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 2 Februari depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya