KOTA BHARU: Kerajaan sudah menyediakan stok makanan sebagai persediaan awal untuk menghadapi gelombang kedua banjir.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, semua stok itu dihantar ke 458 pangkalan hadapan di seluruh negara sebagai persediaan bagi memastikan pergerakan menjadi lancar sejurus selepas bencana berlaku.
“Daripada jumlah itu, 190 berada di Kelantan. Dengan adanya kemudahan ini (pangkalan hadapan) bekalan makanan cukup untuk menampung keperluan mangsa banjir.
“Berhubung bekalan makanan tidak cukup, dakwaan itu tidak benar. Bekalan cukup, cuma kita tidak dapat menghantarnya disebabkan terputus hubungan,” ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2 di sini, hari ini.
Noraini berkata, mangsa banjir yang menghadapi masalah bekalan makanan membuat laporan segera kepada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – UTUSAN