Steven Sim bantu tujuh beranak tinggal dalam kereta - Utusan Malaysia

Steven Sim bantu tujuh beranak tinggal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Kepayahan tujuh beranak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diperdaya tuan rumah mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau tampil membantu mereka selepas menerima aduan berhubung keadaan keluarga terbabit malah pantas menyediakan rumah sewa bagi membolehkan pasangan suami isteri itu tinggal dengan lebih selesa bersama lima anak mereka yang berusia antara dua bulan hingga sembilan tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven memberitahu, pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu merantau dari Kelantan ke negeri ini bersama isterinya, Yani, dan lima anak mereka iaitu Syukur, 9; Rizqi, 7; Amin, 4; Rahmat, 3; dan Aisyah, 2, untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Katanya, lelaki terbabit ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu lori dan dia turut membayar deposit sewa rumah untuk memastikan isteri dan anak-anaknya dapat hidup selesa.

“Malangnya, dia kena ‘scam’ dan mereka dihalau tuan rumah, malah, terpaksa melepaskan kerja kerana bimbangkan keselamatan keluarganya yang perlu ditinggalkan dalam kereta.

“Selain itu, dia turut bekerja sebagai penghantar barang malah anak isteri turut dibawa bersama dalam kereta yang serba kekurangan, ditambah pula dengan cermin belakang pecah namun terpaksa ditutup dengan plastik kerana tidak mampu untuk mengganti cermin baharu.

“Justeru, bantuan segera iaitu rumah sewa beserta perkakasan baharu seperti sofa, katil, dapur dan peti ais turut dibeli malah duit sewa rumah selama setahun turut siap dibayar buat keluarga ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Hilmi turut mendapat pekerjaan baharu sebagai pemandu lori manakala dua anaknya yang sebelum ini terpaksa berhenti sekolah akibat kekangan kewangan akan didaftarkan semula bagi menyambung persekolahan.

“Malam ini saya gembira mengetahui mereka sekeluarga tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan.

“Saya akan terus membantu sesiapa sahaja yang susah datang kepada saya tanpa kira dari mana, kaum dan agama. Kita jalan terus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya