Status kertas siasatan kerugian pelaburan FashionValet diumum masa terdekat - SPRM

Status kertas siasatan kerugian pelaburan FashionValet diumum masa terdekat – SPRM

TAN SRI AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Status kertas siasatan berhubung kes kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet akan diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Utusan Malaysia ketika ditanya sama ada kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atau belum.

“Akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya ringkas Ketika dihubungi di sini.

Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.

Susulan itu, kertas siasatan terbabit sudah diserahkan kepada bahagian perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu.

SPRM turut dilaporkan merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, SPRM menggeledah kediaman pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sebelum menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Malah, SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya