SSPA tiada makna jika tarif elektrik naik

SSPA tiada makna jika tarif elektrik naik

Sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tarif elektrik ketika ini hanya akan menambah beban rakyat terutama selepas kerajaan melaksanakan pemotongan subsidi tarif elektrik yang baru sahaja dilaksanakan tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tarif elektrik ketika ini hanya akan menambah beban rakyat terutama selepas kerajaan melaksanakan pemotongan subsidi tarif elektrik yang baru sahaja dilaksanakan tahun lalu.

Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, sejak kenaikan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan gaji minimum diumumkan, wujud beberapa pihak yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan tarif elektrik.

“Pada akhirnya, apa yang diterima rakyat daripada kenaikan gaji itu mungkin hanya ‘cukup makan’ kerana mereka terpaksa menanggung kenaikan tarif elektrik dan penyesuaian subsidi petrol yang bakal dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, semua ini akan menambah beban kepada rakyat, dan kerajaan perlu berfikir panjang sebelum menetapkan sebarang kadar kenaikan melibatkan tarif elektrik.

Bukan itu sahaja katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk suhu yang semakin panas, ia dijangka menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga elektrik terutama untuk pendingin hawa di rumah dan pejabat.

Semalam, akhbar ini melaporkan tarif baharu elektrik yang dikatakan membabitkan kenaikan hingga 14 peratus masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Kewangan (Divisyen Kewangan Kumpulan) Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Nazmi Othman berkata, buat masa ini, pihak kerajaan sedang dalam semakan dan kajian. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya