SSPA bermula bulan ini, penjawat awam digesa tingkat prestasi - PM

SSPA bermula bulan ini, penjawat awam digesa tingkat prestasi – PM

ANWAR Ibrahim ketika beramah mesra dengan penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seluruh warga perkhidmatan awam digesa untuk mempertingkatkan penyampaian dan perkhidmatan dengan memastikan prestasi jauh lebih baik dari sebelumnya berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula bulan ini.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat sentiasa mahu melihat perubahan pada seluruh sistem perkhidmatan awam sama ada peringkat akar umbi mahupun kementerian.

“SSPA telah bermula bulan ini. Seperti yang dijanjikan, tahniah kepada mereka yang mendapat kenaikan.

“Saya percaya dengan semangat ini walaupun prestasi baik, kita harus tingkatkan,” katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Anwar berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan memperkenalkan beberapa langkah reformasi dalam perkhidmatan awam.

Untuk itu, beliau berharap seluruh penjawat awam dapat memberikan sokongan penuh.

Sebelum ini, seramai 85 peratus penjawat awam dilaporkan sudah menandatangani opsyen SSPA, empat hari sebelum ia berakhir pada Jumaat lalu.

Pelaksanaan SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024 menyaksikan kumpulan pelaksana menikmati pelarasan gaji tertinggi sehingga 42.7 peratus manakala tujuh peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya